Tentang Syarikat

Sejarah Penubuhan

1.Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.


2.Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.

3.R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.

4.Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, sebanyak 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.

6.Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.

7.Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.


Kenshido International Sdn. Bhd.
Kota Damansara,



Website Rasmi:


Kenshido International merupakan sebuah syarikat tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Mr. Jason Kok (Presiden dan Group CEO). Apabila IT diperkenalkan pada tahun 1990, syarikat telah melancarkan program E-Learning untuk membantu pelajar bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

■Kenshido International telah menerajui bidang webucation sejak tahun 1999 hingga kini.

■Sebagai perintis dan pemimpin dalam industri e-Pendidikan di Malaysia.

■Kenshido International dahulunya dikenali sebagai Edu-2U Portal Sdn Bhd.

■Telah diperbadankan dalam tahun 1999 dengan visi membina warga yang berilmu.
Setelah 10 tahun sejak penubuhan, Kenshido International telah berjaya membantu beribu pelajar skor A dalam peperiksaan utama kerajaan termasuklah UPSR , PMR dan juga SPM. Kini, jenama “Score A” telah menjadi satu kenyataan.


Kenshido International menawarkan peluang perniagaan secara jaringan kerja yang menguntungkan kepada pengedar-pengedar yang berminat mempunyai perniagaan mereka sendiri. Sebagai sebuah syarikat yang komited dalam industri jaringan kerja, pelan bonus yang lumayan adalah direkabentuk khas untuk menjamin pulangan yang lumayan bagi masa yang anda laburkan.

Kenshido berbangga dengan tawaran peluang perniagaan yang berdaya maju dan fleksibel. Demikian juga dengan jaringan ribuan pengedar yang aktif dan bebas. Sebenarnya, Kenshido percaya bahawa kebanyakan pengedar tertarik kepada peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Kenshido International kerana mereka boleh menyelaraskan perniagaan mereka mengikut waktu dan matlamat pendapatan mereka. Pelan “Touch and Go” adalah merupakan pelan pemasaran yang mempunyai tekanan minimum atau tanpa tekanan.

Keadaan ini dapat disahkan dengan bertambahnya bilangan pengedar yang memilih Kenshido International sebagai rakaniaga mereka.


Lembaga Pengarah


Mr. Jason Kok Min Chong



Presiden dan Group CEO
Jason Kok telah diakui sebagai “Top Networker” dan “Walking Testimony” antara networker terunggul dalam industri MLM. Sebagai juruaudit bertauliah, kerjaya beliau bermula dengan Pejabat Ketua Audit Negara dan ditugaskan di Jabatan Hasil Dalam Negeri; berhenti dalam tahun 1986. Beliau menyertai sebuah merchant bank selama 3 tahun sebelum meninggalkan sektor korperat dan melibatkan diri sepenuh masa dalam industri MLM hingga kini. 

Selama 25 tahun berkecimpung dalam MLM, beliau bukan sahaja bertanggungjawab mempelopori perkembangan dan halatuju syarikat, malah kepakaran beliau terbukti sebagai MENTOR kepada Kenshido International.

En Jason Kok sebagai “living example” yang paling mengutamakan amalan kejujuran dan keikhlasan dua hala antara syarikat dengan networker.


Kepakaran:


1.Pengurusan kewangan

2.Pembina impian

3.Perhubungan Networker

4.Latihan sistem

5.Sokongan sistem
 

Mr. Steven Cheong Chee Meng



Pengurus Besar
 
En. Steven Cheong bermula kerjaya beliau sebagai Penolong Pengurus Pentadbiran selepas graduan di Perth, Australia. Beliau pulang ke Malaysia dalam tahun 1973 dan mula berkecimpung dalam industri MLM berikutan dengan bukti-bukti yang tercatat. En. Steven Cheong telah mencapai kejayaan dalam kedua-dua industri pemasaran satu tingkat (single level) dan berbilang tingkat (multi level).


En. Steven Cheong pernah menjayakan beberapa syarikat MLM apabila memegang jawatan sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Pemasaran dan Pentadbiran. Dengan pengalaman dan pendedahan melebihi 30 tahun dalam industri MLM, beliau yakin mencatat rekod dan mencecah pendapatan untuk networker serta menyumbang dan membawa Kenshido International ke tahap yang lebih tinggi.

 
Kepakaran:


1.Pengurusan

2.Pehubungan awam

3.Penceramah umum

4.Pembina rangkaian

5.Motivasi
 
Puan Norlia Ahmad

Executive Iron Lady
 
Puan Norlia Ahmad telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan.


Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan pelbagai kementerian (antaranya termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia melalui rangkaikerja hubungannya yang luas telah terbukti merupakan aset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat Kenshido International ini.


Pengalaman:


1.15 tahun dengan Jabatan Perdana Menteri

2.5 tahun dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri

3.3 tahun dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna


 
Dato’ Ghazali Bin Uda Umar

Director of ScoreA™ Worldwide Sdn Bhd

Pengarah Pendidikan
 
Dato’ Ghazali merupakan seorang pendidik yang berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan. Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) dan pemegang “Diploma in Higher Education Admin” dari University of London.


Dalam bidang pendidikan, Dato’ Ghazali pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz di Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi Srurhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.

Dengan pengalaman dan kepakarannya yang sangat luas, Dato’ Ghazali telah banyak menyumbang kepada kejayaan Syarikat ini.

Pengalaman:


1.Sarjana Pendidikan

2.Pengalaman selama 39 tahun dalam bidang pendidikan

3.Bekas Pengarah Pendidikan Melaka, Pulau Pinang dan Perak
 
Laporan Syariah
 
Pengenalan / Latarbelakang
 
Suatu bentuk pemasaran perniagaan yang berkembang pesat di Malaysia adalah pemasaran berbilang tingkat (multi-level marketing) atau dikenali juga sebagai pemasaran berangkaian (network marketing) (selepas ini akan dirujuk di dalam laporan ini sebagai MLM).


Ringkasnya, ia adalah suatu sistem yang membenarkan sesuatu jenis atau sejumlah jenis produk atau khidmat perniagaan disalurkan kepada pengguna melalui suatu rantaian pengedar-pengedar yang masing-masing berada di dalam pelbagai tingkat (level) (dari sinilah datangnya istilah “multi-level”), dengan sejumlah komisyen tertentu dibayar kepada pengedar-pengedar (yang mungkin juga mereka sendiri merupakan pengguna-pengguna akhir (end-users) kepada produk-produk tersebut atau sebahagian darinya) bergantung kepada jumlah/volume produk yang berjaya dijual dan mengikut kelayakan yang ditetapkan melalui pelan pemasaran (marketing plan) atau skim ganjaran (reward scheme) syarikat yang menganjurkan MLM itu.

Oleh kerana struktur pemasaran MLM merupakan satu struktur yang berkembang pesat dan semakin popular, suatu bentuk penetapan hukum dan garis panduan pematuhan syariah adalah tidak dapat dielakkan dan sangat-sangat diperlukan.

Berlatarbelakangkan kesedaran ini, maka syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk melantik Panel Penasihat Syariah (PPS). Pelantikan secara rasminya dibuat bermula 1 Oktober 2009 dan diumumkan secara rasmi pada 31 Oktober 2009.



PPS dilantik untuk melihat, memahami, mengkaji, menganalisa dan membuat keputusan samada produk dan juga pelan pemasaran Multi-level Marketing (MLM) yang digunapakai untuk memasarkan produk Kenshido International Sdn Bhd adalah patuh syariah (syariah compliant) atau tidak.


Langkah penilaian kepatuhan syariah yang dijalankan secara sukarela oleh syarikat Kenshido ini adalah suatu langkah yang sangat baik dan patut diberi pujian dan sokongan lebih-lebih lagi demi kebaikan umat Islam yang semakin prihatin terhadap status halal haram sumber rezeki mereka
 
Latarbelakang Ringkas Ahli-ahli Panel Penasihat Syariah
 
Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali

Pengerusi PPS
 
Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali, anak kelahiran Terengganu, mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1986 dan menyambung pelajaran peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang Undang-undang sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda LL.B (Second Class (Upper) Honours) pada tahun 1993.

Setahun selepas itu, pada tahun 1994, beliau sekali lagi dianugerahkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ijazah Sarjana Muda, kali ini mengkhusus ke arah undang-undang Islam iaitu LL.B (Syariah)(First Class Honours). Pada tahun 1995, beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi (Malaya).

Selepas beberapa tahun di Universiti Jordan, Amman, pada tahun 2000 beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehakiman Islam oleh Kuliah Syariah universiti tersebut. Mulai tahun yang sama hinggalah sekarang Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali adalah tenaga pengajar di Jabatan Undang-Undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan pengalaman mengajar Undang-undang Probet dan Perwarisan (Sivil dan Islam), Usul Fiqh, Sistem Perundangan Islam dan lain-lain.

Bermula Disember 2008 beliau diberi cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di bawah seliaan Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan dengan tesis berkaitan Multi-level Marketing dari segi Undang-undang Islam.


Keterdedahan beliau terhadap amalan MLM bermula sejak beliau seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa sekitar tahun 1990-an. Keterdedahan beliau terhadap MLM dilihat memberi kelebihan pemahaman yang lebih mendalam (deeper insight and understanding) dan memudahkan kefahaman tentang keterangan-keterangan dan istilah-istilah yang dibekalkan kepada PPS ketika menilai kepatuhan syariah amalan MLM khususnya yang diamalkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd.

Beliau juga adalah salah seorang ahli kepada Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad semenjak April 2005 hingga sekarang.


En. Azizi Bin Che Seman


Ahli PPS
 
En. Azizi bin Che Seman, anak kelahiran Kelantan, mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu sehingga tahun 1990 dan menyambung pelajaran peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya di dalam bidang Syariah sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) Kelas Pertama pada tahun 1996. Pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Ekonomi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



Mulai 1997 hinggalah sekarang En. Azizi adalah tenaga pengajar di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan pengalaman mengajar subjek-subjek muamalat, ekonomi, pasaran modal Islam dan lain-lain.


Bermula 2007 beliau diberi cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di bawah seliaan Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan dengan tesis berkaitan .


Walaupun beliau sebelum itu berpengalaman luas menjalankan kajian secara berseorangan atau berkumpulan di dalam isu-isu muamalat Islam yang lain seperti kajian tentang takaful, perbankan Islam, zakat, wakaf dan sebagainya, beliau boleh dikatakan tidak mempunyai sebarang keterdedahan terhadap amalan MLM sebelum tugasan yang diamanahkan oleh Kenshido International Sdn Bhd. ini.


Ketiadaan keterdedahan beliau terhadap MLM dilihat memberi kelebihan dalam bentuk persepsi bebas (unbiased perception) dan tidak terikat dengan kecenderungan tertentu ketika menilai kepatuhan syariah amalan-amalan MLM dan diharap dapat mengimbangi pandangan seorang lagi ahli PPS yang telah mendapat keterdedahan awal tentang amalan MLM.

Beliau juga adalah Pengerusi kepada Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad semenjak April 2005 hingga sekarang.

Proses Penilaian Kepatuhan Syariah
 
Proses penilaian kepatuhan syariah untuk produk Score A, Kenshido International Sdn. Bhd bermula dengan pelantikan PPS yang dianggotai oleh saudara Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali selaku Pengerusi PPS dan En. Azizi bin Che Seman sebagai ahli PPS.



Tempoh lantikan adalah dari 1 Oktober 2009 hingga 28 Februari 2010. Dalam tempoh tersebut PPS telah melakukan penyelidikan dengan bantuan pihak Kenshido International Sdn Bhd sendiri.


Satu siri mesyuarat telah diadakan dengan ahli-ahli mesyuarat yang terdiri daripada PPS sendiri serta dihadiri oleh wakil pengurusan Kenshido dan wakil usahawan Score A iaitu:


1.Pn. Norlelawati Binti Abdul Razak
2.Pn. Jahlilawati Binti Abu Bakar
3.En. Muhammad Imran Bin Abdul Hadi
4.En. Zari Effendi Bin Ruzali


Secara umum, dalam setiap mesyuarat penjelasan telah diberikan oleh pihak Kenshido tentang produk serta kaedah dan modus operandi pelan pemasaran yang digunakan. Maklumat yang diperolehi di sini telah dianalisis dan dibahaskan oleh PPS berdasarkan prinsip serta hukum dalam muamalat Islam.


Selain itu, PPS juga telah melakukan lawatan tapak ke pusat server Kenshido di Bangunan AIMS, Changkat Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 21 Januari 2010. Tujuan lawatan adalah untuk memastikan bahawa syarikat Kenshido International Sdn Bhd benar-benar mampu menyediakan perkhidmatan yang dijanjikan melalui produk ScoreA sendiri serta pengendalian pangkalan data pelanggan dan pengedarnya.

Daripada penjelasan yang diberikan serta fakta-fakta yang dibekalkan, PPS berpuas hati bahawa Syarikat Kenshido International Sdn. Bhd. mempunyai kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan.

Di samping itu, PPS juga menghadiri beberapa program lain yang berkaitan (B.O.O.M (Business Official Opportunity Meeting), N.D.O (New Distributors Orientation) & T.T.C (Table Talk Closing)) untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan produk serta pelan pemasaran serta mendapatkan gambaran sejelas mungkin bagaimana konsep-konsep dan teori-teori diaplikasikan secara praktikal.



Proses penilaian kepatuhan syariah ini dilakukan terhadap DUA komponen utama iaitu:


1. Produk yang dipasarkan; dan


2. Pelan pemasaran yang digunapakai bagi memasarkan produk tersebut


» Produk


Produk yang dipasarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd setakat proses ini dijalankan adalah portal pendidikan atau latihan peperiksaan secara output learning yang dikenali sebagai ScoreA Programme.


» Pelan Pemasaran


Pelan pemasaran yang digunapakai pula adalah pelan hybrid yang menggabungkan pelan binary melalui Fast Start Bonus (FSB) dan pelan yang asasnya berbentuk stairstep-breakaway melalui Leadership Bonus (LSB).

Pemerhatian Umum Tentang Produk Yang Dipasarkan Kenshido International Sdn Bhd Iaitu Portal Pendidikan Score A

Walaupun produk yang dipasarkan oleh Kenshido International Sdn Bhd iaitu portal pendidikan Score A Programme bukan produk yang nyata (tangible) sebaliknya produk maya (virtual), PPS tidak nampak sebarang sebab yang boleh menjadikan produk tersebut tidak patuh syariah.



Lebih-lebih lagi dari pemerhatian, analisa yang dibuat dan maklumbalas yang dibekalkan kepada PPS, PPS mendapati produk tersebut mempunyai manfaat sebenar (genuine benefit) yang tidak bergantung kepada pelan pemasaran (independent of the marketing plan) dan dengan penerangan yang jelas oleh pengedar-pengedar dapat menarik minat pengguna untuk membayar harga yang ditetapkan untuk mendapat manfaat-manfaat yang ditawarkan melalui produk tersebut.

Oleh sebab itu PPS tanpa ragu-ragu memutuskan bahawa produk portal pendidikan Score A Programme yang dipasarkan syarikat Kenshido International Sdn Bhd adalah PATUH SYARIAH.
Pemerhatian Umum dan Penilaian Kepatuhan Syariah Berkaitan Pelan Pemasaran Kenshido International Sdn Bhd

 
Pelan pemasaran yang diguna pakai oleh Kenshido International Sdn Bhd adalah pelan pemasaran hybrid yang secara istilahnya merujuk kepada pelan pemasaran yang menggabungkan dua atau lebih jenis pelan pemasaran dan secara popularnya merujuk kepada pelan pemasaran yang menggabungkan pelan binary dan mana-mana pelan lain yang dianggap tradisional seperti pelan stairstep-breakaway atau pelan unilevel.



Di dalam pelan pemasaran hybrid Kenshido International Sdn Bhd, cara pembayaran komisen terbahagi kepada DUA bahagian utama iaitu Fast Start Bonus (FSB) iaitu bonus yang dikira secara harian dan dibayar secara mingguan dan Leadership Bonus (LSB) iaitu bonus yang dikira dan juga dibayar secara bulanan.


Fast Start Bonus (FSB) sebahagian besarnya menggunakan pelan binary sementara Leadership Bonus (LSB) sebahagian besarnya menggunakan pelan stairstep-breakaway.

» Fast Start Bonus (FSB)
 
Secara terperinci, Fast Start Bonus (FSB) terbahagi kepada tiga jenis pembayaran utama:



1) Referral bonus atau sponsoring bonus (bonus memperkenalkan atau bonus penajaan) yang dikenali sebagai Edu-Reward;


2) Pairing bonus (bonus pasangan) yang dikenali sebagai K-Match;


3) Royalty bonus, overriding bonus (bonus royalti atau bonus mengatasi) atau terkadang dirujuk juga oleh sesetengah networkers sebagai matching bonus (bonus padanan) yang dikenali sebagai K-Reward.

» Edu-Reward

Bonus memperkenalkan atau bonus penajaan (referral bonus atau sponsoring bonus) dikenali sebagai Edu-Reward. Apabila seorang ahli berjaya memperkenalkan seseorang yang lain mendaftar ahli sebagai downlinenya dan membeli salah satu dari pakej-pakej produk portal pendidikan Score A FSB yang ditawarkan oleh Kenshido, maka orang yang memperkenalkan itu layak menerima bonus yang dinamakan Edu-Reward tersebut.



Namun, berapakah jumlah sebenar yang akan dibayar kepada package introducer atau sponsor dipengaruhi oleh dua faktor:


FAKTOR PERTAMA: Status pakej tertinggi yang dibeli oleh orang yang menaja (sponsor) pada masa dia melakukan sponsoring.


FAKTOR KEDUA: Status pakej yang dibeli oleh peserta yang ditaja (disponsor).


Pembayaran Edu-Reward boleh difahami secara ringkas melalui jadual di bawah:




 
» K-Match


Bonus pasangan (pairing bonus) yang dikenali sebagai K-Match pula dibayar mengikut struktur binary kiri dan kanan. Kiraan bonus berdasarkan placement tree dan proses pairing berlaku secara satu lawan satu (one to one) tanpa mengira level iaitu setiap akaun yang didaftarkan di sebelah kiri setiap akaun (atau dikenali juga sebagai business center) milik seseorang peserta tidak kira di level mana sekalipun akan dipadankan dengan akaun yang didaftarkan di sebelah kanan akaun berkenaan tanpa mengira level.



Setiap pairing melayakkan seseorang peserta mendapat RM80.00 kecuali sepuluh pairings yang pertama di dalam sesuatu tempoh maintenance cuma dibayar RM60.20 kerana RM19.80 setiap pairing digunakan untuk mencukupkan auto-maintenance sebanyak RM198.00 bersamaan 75BV.


Akaun yang belum dipasangkan dikira akaun yang menunggu (pending) dan akan dipasangkan apabila wujud akaun pasangan di pihak yang bertentangan di kiri atau kanan dari akaun atas kepada akaun-akaun tersebut.


Tidak berlaku jumlah akaun-akaun terkumpul dilupuskan dari kiraan (flushed) dengan semata-mata perjalanan masa, sebaliknya pelupusan kiraan akaun (flushing) bagi tujuan pairing berlaku apabila akaun berkenaan telah mencecah jumlah pairing maksimum pada hari tersebut iaitu 10 pairs sebelum penyertaan di dalam program latihan anjuran syarikat yang dikenali sebagai S.I.R. (Start It Right) dan 12 pairs selepas penyertaan di program tersebut.


Ini adalah pairing harian maksimum untuk ahli-ahli pemegang pakej selain dari pakej e-max. Pemegang pakej e-max pula layak mendapat pairing harian maksimum 12 pairs sebelum penyertaan di dalam S.I.R. dan 14 pairs selepas penyertaan (penambahan bilangan pairing selepas penyertaan di program latihan anjuran syarikat pada pandangan PPS adalah satu bentuk pemberian insentif yang baik kerana ia menggalakkan peserta-peserta menimba ilmu yang diperlukan ketika mula-mula menjalankan perniagaan MLM anjuran syarikat Kenshido International Sdn Bhd supaya mereka dapat melakukannya dengan cara yang betul seperti yang diisyaratkan oleh nama program itu sendiri: Start It Right.).


Oleh itu, umumnya pairing harian maksimum selain untuk pemegang pakej e-max adalah RM960 sehari (12 pairs x RM80) dan RM1120 sehari untuk pemegang pakej e-max (14 pairs x RM80). Pairing harian maksimum ini adalah untuk satu akaun yang dimiliki, bermakna peserta-peserta yang memiliki lebih dari satu akaun dengan pembelian pakej-pakej produk yang ditawarkan mempunyai potensi pairing harian maksimum yang berganda mengikut bilangan akaun tambahan yang dimiliki.

» K-Reward


Bonus royalti atau bonus mengatasi (royalty bonus atau overriding bonus) atau terkadang dirujuk juga oleh sesetengah networkers sebagai bonus padanan (matching bonus) yang dikenali sebagai K-Reward adalah bonus yang dibayar dengan menjadikan jumlah bonus K-Match sebagai ukuran atau padanan kepada bonus K-Reward iaitu seseorang upline dibayar 5%dari jumlah K-Match yang diperolehi downlines pada hari tersebut sedalam empat generasi mengikut sponsoring genealogy (setakat proses penilaian kepatuhan syariah dilakukan kelayakan empat generasi ini dikira secara tidak compressed).



Jumlah K-Match downlines cuma sandaran ukuran atau sumber padanan dan BUKAN sumber bayaran K-Reward upline, bermakna sekiranya K-Match downline pada hari tersebut adalah RM960, upline akan memperolehi 5% dari jumlah tersebut iaitu RM48 tanpa menjejaskan K-Match downline tersebut yang tetap dibayar RM960 dan bukannya RM912 (RM960-RM48).


Bonus ini selain menggalakkan dan mengiktiraf sumbangan upline membantu perniagaan downline dengan mengikat kedua-dua jenis bonus supaya apabila semakin besar K-Match yang berjaya diperolehi downline maka semakin besar K-Reward yang layak diterima oleh upline, ia juga boleh dianggap suatu mekanisma untuk meringankan (mitigate) kekurangan dan tekanan di dalam struktur binary yang tidak membenarkan pembayaran bonus sekiranya hanya sebelah kaki sahaja yang aktif (dirujuk juga di kalangan networkers sebagai masalah “kaki gajah”).

» Bayaran Sampingan


Dua jenis pembayaran sampingan juga disediakan di dalam plan FSB iaitu:



1) Processing fee (upah pemprosesan)


2) Incentive fee (upah insentif)


Kedua-dua pembayaran sampingan ini bersifat sekali beri (one time); untuk processing fee diberi kepada pemegang pakej e-entrepreneur sahaja ketika pendaftaran kemasukan ahli baru di dalam rangkaiannya dengan belian dan pendaftaran pakej e-partner (RM32.00), e-entrepreneur (RM80.00) dan e-max (RM80.00) sahaja dan untuk incentive fee diberi kepada ahli atau pengedar baru yang berjaya membuat penajaan ahli baru dengan belian pakej tertentu dalam bilangan yang ditetapkan dalam tempoh yang terhad sahaja. Sekali tempoh ini berlalu tanpa ahli berjaya menggerakkan pakej-pakej tertentu kepada sebilangan tertentu ahli baru, peluang untuk mendapat incentive fee ini dikira luput.

Leadership Bonus (LSB)
 
Untuk plan Leadership Bonus (LSB) pula, TIGA jenis pembayaran bonus disediakan dan pengiraan dilakukan berasaskan kepada sponsoring genealogy dan bukannya placement tree.



Secara teorinya, untuk melayakkan diri mendapat bonus di dalam plan LSB seseorang peserta tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal kerana tidak ada yuran pendaftaran dikenakan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd untuk seseorang mendaftar menjadi ahli. Peserta yang mendaftar secara percuma ini sudah boleh memulakan perniagaan dengan mempromosikan produk portal pendidikan Score A kepada bakal pengguna dan mendapat untung runcit dari beza harga ahli dan harga runcit yang disarankan dan juga dari perkiraan bonus pelan LSB.


Secara praktis, bagaimanapun, seseorang peserta yang bermatlamatkan perniagaan biasanya akan berusaha mengeluarkan modal sekurang-kurangnya sebanyak RM596 untuk membeli pakej e-biz kerana semata-mata dengan pendaftaran percuma tanpa membeli salah satu dari pakej-pakej produk yang ditawarkan, seseorang peserta bukan sahaja tidak mempunyai stok dalam tangan untuk memudahkan promosi dan perniagaan bahkan hanya layak mendapat bonus melalui pengiraan pelan LSB sahaja yang biasanya memakan masa untuk menghasilkan jumlah bonus yang besar dan belum layak untuk dibayar mengikut pengiraan pelan FSB kerana bonus-bonus di dalam FSB adalah insentif yang merupakan natijah dari peserta membeli salah satu dari pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd, sedangkan pelan FSB (sebagaimana yang diisyaratkan oleh namanya Fast Start Bonus) berpotensi membantu peserta mendapat bonus yang ketara (significant) dalam tempoh yang relatif singkat berbanding pelan LSB.

Ketiga-tiga jenis bonus yang dibayar di dalam plan LSB dan peratusan dari peruntukan bayaran bonus adalah seperti berikut:



1. Performance Bonus (PB) 15%


2. Company Monthly Profit Sharing (MPS) 20%


3. Leadership Bonus (LB) 65%
 
Cara pembayaran ini mungkin dirujuk sebagai pembayaran keluar 100% (100% payout) kerana dari sejumlah yang diperuntukkan untuk bayaran bonus, kesemuanya telah dikhususkan untuk pembayaran bonus tertentu (PB 15% + MPS 20% + LB 65% = 100%) walaupun hakikatnya disebabkan oleh sistem BV yang digunapakai di dalam LSB yang cuma sekitar 38% dari Ringgit Malaysia (kiraan berdasarkan 75 BV bagi harga ahli untuk portal top up code iaitu RM198), hanya sebahagian dari hasil jualan digunakan untuk pembayaran bonus (ini adalah amalan perniagaan yang munasabah kerana tidak wajar dari segi perjalanan perniagaan untuk memperuntukkan keseluruhan hasil jualan bagi tujuan pembayaran komisen kepada para pengedar kerana sebahagian dari hasil jualan tersebut perlu diperuntukkan bagi membayar pelbagai kos syarikat dan sebahagian yang lain untuk dibukukan sebagai keuntungan syarikat).
 
» Performance Bonus


Dari ketiga-tiga jenis bonus dalam pelan LSB, Bonus Prestasi (Performance Bonus) iaitu 15% dari keseluruhan peruntukan untuk pembayaran komisen (BV) dibayar secara stairstep (di mana peserta mendapat beza (baki) antara hasil peratusan yang dilayaki dari jumlah jualan dan hasil peratusan yang dilayaki oleh downline dari jumlah jualan downline tersebut) dengan syarat peserta melepasi kelayakan minimum sebanyak 75 BV sebagai personal maintenance. Peratusan bonus meningkat dari 3% untuk peserta yang mempunyai BV kumpulan terkumpul (Accumulated Personal Group Sales (APGS)) berjumlah dari 50 hingga 499; 6% untuk BV kumpulan terkumpul 500 hingga 999; 9% untuk BV kumpulan terkumpul 1000 hingga 1999; 12% untuk BV kumpulan terkumpul 2000 hingga 4999 dan 15% untuk BV kumpulan terkumpul 5000 ke atas.



Performance Bonus 15% boleh juga dicapai sekiranya seseorang peserta berjaya mendapat BV kumpulan minimum 3000 dalam tempoh sebulan kiraan bonus (bukan terkumpul (accumulated)). Seseorang yang telah melayakkan diri mendapat Performance Bonus 15% juga telah melayakkan diri naik ke pangkat Pengurus (Manager) dan berpotensi pula mendapat Bonus Kepimpinan (Leadership Bonus).

 
» Company Monthly Profit Sharing


Perkongsian Keuntungan Bulanan Syarikat (Company Monthly Profit Sharing) pula adalah, PPS difahamkan, merupakan bonus yang dibayar sebagai untuk memberi insentif kepada pengedar-pengedar yang rajin membuat jualan peribadi (personal sales). Dari 20% keuntungan bulanan syarikat yang dikhususkan untuk pengedar-pengedar yang mempunyai jualan peribadi (personal sales) (PS)) yang dianggap tinggi, sejumlah 8% diperuntukkan berdasarkan jualan yang direkodkan sebagai personal sales (PS) iaitu 4% untuk para pengedar yang mempunyai PS minimum 600 BV dan 4% lagi untuk PS minimum 1200 BV. Kelayakan boleh dikira secara bertindan (overlapping).



Seorang pengedar yang mempunyai 1200 BV, misalnya, layak berkongsi dengan pengedar-pengedar lain yang layak untuk 4% yang pertama (600 BV) dan juga layak mendapat habuan di 4% yang kedua (1200 BV). Baki 12% lagi diperuntukkan untuk para pengedar yang mempunyai PGS tertentu iaitu 4% untuk PGS minimum 1000 BV; 4% lagi untuk PGS minimum 2000 BV dan 4% terakhir untuk PGS 3000 BV ke atas. Sekali lagi bayaran boleh berlaku secara bertindan (overlapping) untuk para pengedar yang layak.

» Leadership Bonus


Di bawah Bonus Kepimpinan (Leadership Bonus) yang mewakili 65% dari keseluruhan peruntukan untuk pembayaran komisen (BV) pula, apabila seorang Manager berjaya melahirkan seorang Manager di bawahnya maka dia naik ke pangkat Pengurus Nilam (Sapphire Manager); sekiranya dua Manager dilahirkan di dalam sponsoring lines yang berbeza maka dia naik lagi ke pangkat Pengurus Zamrud (Emerald Manager); sekiranya tiga Manager di dalam sponsoring lines yang berbeza dilahirkan maka dia naik ke pangkat Pengurus Intan (Diamond Manager); dan akhirnya sekira empat atau lebih Manager berjaya dilahirkan di dalam sponsoring lines yang berbeza di bawah rangkaiannya, maka dia naik ke pangkat tertinggi iaitu Pengurus Mahkota (Crown Manager).
Leadership Bonus melalui Sistem Blok



Di dalam Bonus Kepimpinan (LB) ini, pembayaran 55% dibuat berdasarkan sistem blok (block system) dengan 3000 BV mewakili satu blok digabungkan dengan elemen breakaway di mana baki 10% (65%-55%) di peruntukkan untuk pengedar-pengedar yang telah mencapai pangkat Pengurus Mahkota (Crown Manager) sahaja apabila berjaya membantu downlines di bawahnya mencapai pangkat yang sama iaitu Pengurus Mahkota (Crown Manager)


Pembahagian 55% Leadership Bonus berdasarkan sistem blok dilakukan dengan 15% dari nilai BV setiap blok dibayar bagi aras 1 (level 1) untuk semua pangkat dan bagi aras 2 (level 2) pula 15% lagi diperuntukkan untuk Emerald Manager, 25% untuk Diamond Manager dan 40% untuk Crown Manager.


Leadership Bonus melalui Konsep Breakaway


Untuk Breakaway Bonus sebanyak 10%, ia dibayar kepada Crown Manager apabila berjaya melahirkan Crown Manager sehingga ke level 3 dan level 4 lalu downline yang telah mencapai pangkat yang sama tersebut dianggap telah terpisah/terputus (breakaway) dari uplinenya dari segi jumlah BV kumpulannya lalu upline seolah-olah diberi saguhati (compensated) melalui Breakaway Bonus ini (atau di sesetengah syarikat MLM dipanggil Same-Rank Reward) untuk jumlah BV yang dibawa pergi oleh downline yang sama pangkat tadi sebanyak 5% di level 3 dan 5% lagi di level 4.
 
 
ADALAH SANGAT PENTING UNTUK DIINGATKAN di sini bahawa oleh kerana pelan pemasaran ini mewakili syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum ganjaran dan komisen dibayar kepada peserta-peserta, maka perlulah diusahakan sebaik mungkin agar kedua-dua komponen pelan pemasaran ini iaitu FSB dan LSB untuk disediakan secara jelas, telus dan professional serta diterangkan sejelas mungkin kepada bakal-bakal peserta bagi mengelakkan pertelingkahan pada masa yang akan datang. Sekurang-kurangnya keterangan yang jelas tentang pelan pemasaran yang diamalkan oleh Kenshido International Sdn Bhd hendaklah dijadikan sebagai suatu capaian di dalam web rasmi syarikat yang boleh diakses oleh prospek-prospek dan bakal-bakal peserta.

Laporan  Syariah

Isu Syariah Yang Mungkin Timbul Dari Penggunaan Pelan Binary

Di dalam kepelbagaian pelan pemasaran MLM, pelan binary merupakan pelan yang kerap dipandang serong dan menimbulkan banyak kontroversi. Sebahagian networkers gemar kepada pelan binary yang dianggap mampu memudahkan penjanaan pendapatan yang tinggi dalam tempoh yang singkat ataupun dalam satu tempoh yang tidak dianggap lama.


Sebahagian yang lain pula berpandangan negatif terhadap pelan binary yang dianggap sinonim dengan money game. Sentimen kedua ini tidak sukar difahami oleh mereka yang memerhati perkembangan short term money games bertopengkan MLM terutamanya di Malaysia yang kerap menggunakan struktur binary di dalam mengembangkan rangkaian.

Adakah pelan binary yang digunapakai oleh Kenshido International Sdn Bhd di dalam FSB menyebabkan pelanggaran syariah (ketidakpatuhan syariah) ataupun tidak?
 
Jawapan kepada persoalan ini, pada pandangan PPS, adalah menjurus kepada question of facts, (dari segi usul fiqh diistilahkan sebagai ) yang mana question of law () adalah sekiranya pelan binary tersebut semata-mata suatu bentuk pyramidal money game, maka ia tidak patuh syariah (kerana apabila ia adalah semata-mata pelan untuk pyramidal money game, maka sama ada ia ditopengkan dengan produk ataupun tidak, tidak sepatutnya mengubah status ketidakpatuhan syariah pelan ini); ataupun sekiranya ia hanyalah satu cara pengiraan komisen bagi mereka yang berjaya memasarkan produk, maka ia umumnya adalah patuh syariah.


Kata kunci (keyword) untuk pelan binary ialah:-

1.“money game” (baik disamarkan dengan produk atau tidak atau dilabelkan sebagai MLM atau tidak)

2.Pemasaran Produk

Ketiadaan fakta-fakta yang membuktikan bahawa pelan binary yang diamalkan syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah disalahgunakan untuk menjalankan pyramidal money game dan kewujudan fakta-fakta yang menunjukkkan bahawa pelan binary di sini hanyalah satu cara pengiraan pembayaran ganjaran atau komisen untuk kejayaan penjualan pakej-pakej produk portal Score A menjadi asas untuk PPS memutuskan bahawa pelan pemasaran FSB yang berstruktur binary dari sudut yang dibincangkan ini adalah PATUH SYARIAH.





Introduction

Program Score A

Recent Posts

Recent Comments