FAQ

Soalan Lazim tentang Score A Programme


MENGENAI PROGRAM

1.Apakah Score A Programme?

Score A Programme adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A melalui pembelajaran output secara online.

2.Apakah Pembelajaran Output?

Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.

3.Apakah Pembelajaran Input?

“Pembelajaran Input” adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan “Pembelajaran Input”. Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya “Pembelajaran Input”, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu “Pembelajaran Output”.

4.Adakah pelajar memerlukan sambungan internet untuk menggunakan program ini?

Ya. Program ini merupakan webucation (web + education) yang memerlukan sambungan internet untuk membuat latih tubi mahupun ujian dan membuat ulangkaji.

5.Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme?

Score A Programme telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

6.Kenapa eReport Card dalam Score A Programme penting?

eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka. Amat sesuai untuk ibubapa yang sentiasa sibuk.

7.Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme?

Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam program ini dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Score-A Programme juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score A Programme direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR, PMR dan SPM. Program ini juga sentiasa dikemaskini mengikut silibus terkini Kementerian Pelajaran Malaysia.

8.Adakah Score-A Programme akan membebankan anak saya?

Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda. Hanya memerlukan komputer dan sambungan internet. Tiada lagi bebanan buku latihan yang banyak (setiap subjek).

9.Perlukah anak saya mengikuti Score-A Programme jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?

Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

10.Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score A Programme berpatutan?

Ya, Harga Score A Programme berdasarkan “satu keluarga”. Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah. Score A Programme adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.

11.Berapa kerap anak saya boleh menggunakan program ini dalam sehari?

Score A Programme membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep – “berlatih mencapai kesempurnaan”

12.Saya berminat untuk melanggan program ini untuk anak saya. Apa perlu saya lakukan?

Buat pembayaran mengikut pakej yang ingin diambil dan lengkapkan Borang Langganan Score A Programme di laman web kami.

Proses pengaktifan untuk menggunakan program ini boleh dibuat sendiri atau melalui pihak kami setelah langganan siap di proses.

MENGENAI BISNES SCORE A PROGRAMME

1.Ini bisnes MLM ke?

Ya. Syarikat kami telah berdaftar dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Akta Jualan Langsung yang bernombor AJL 931448.

2.Berapa lama dalam pasaran?

Sudah 6 tahun dipasaran. Tetapi baru 3 tahun dipasarkan secara Multi Level Marketing (MLM).

3.Apakah jenis Pelan Pemasaran bisnes ini dan adakah ianya Halal?

Pelan Hybrid. Terdapat Bonus Harian dan Bonus Bulanan. Ianya Halal kerana kami mendapat sijil Patuh Syariah (Panel Syariah Bank Muamalat).

Pembayaran bonus yang telusTidak membezakan antara orang baru dan sedia adaTidak perlu fokus kepada menjual barangTidak perlu menghantar barangTidak perlu mengejar pangkatPendapatan ‘pasif’Pendapatan boleh diwarisiMudah di ‘duplikasi’Modal sekali sahaja“Auto Maintenance’

4.Apa keistimewaan bisnes ini berbanding MLM yang lain?

6P iaitu Prasarana, Potensi, Produk, Pengiktirafan, Pelan Pemasaran dan Prinsip (kerajaan dan syarikat)

Prasarana

- Online 24 jam akses. Tidak perlu premis untuk menjual atau menyimpan stok.

Potensi (Saiz Market)

- 6 juta pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5

- setiap tahun 1.5 juta pelajar yang mengambil UPSR, PMR dan SPM.

- Kemasukan 500,000 pelajar Tahun 1

Nota : Statistik dari Kementerian Pelajaran Malaysia

Produk

- Pendidikan, produk Keperluan. Perbelanjaan wajib bagi semua keluarga.

- Syarikat MLM lain menawarkan produk sampingan (Kecantikan, Kesihatan, Pengjagaan rumah & kereta – ada OK tak ada pun OK)

- Berkualiti (8 Menteri iktiraf)

- Amat Murah (41 sen je)

- Tiada tandingan dan tidak bermusim.

Pengiktirafan

- 8 Menteri iktiraf (2 daripadanya adalah Menteri Pelajaran)

- PIBG Nasional

- Sijil Patuh Syariah

Pelan Pemasaran

- Sistem Hybrid (Harian dan Bulanan)

- Perniagaan Online / K-Office (24 jam)

Prinsip

Satu Rumah, Satu Komputer

5.Adakah perlu ‘maintain’ jualan jika menyertai bisnes ini?

Tak perlu. Auto ‘Maintenance’. Anda buat, anda dapat hasilnya.

6.Adakah saya perlu memperbaharui keahlian saya jika sudah lama tidak bergiat aktif dan berapa tempoh masa untuk satu-satu keahlian itu?

Tak perlu. Modal sekali seumur hidup. Anda bebas untuk menjalankan bisnes ini pada bila-bila masa.

7.Apa itu K-Office?

Laman untuk melihat maklumat akaun dan pelanggan bagi pengedar Score A Programme. Amat sesuai dengan masa anda kerana boleh log in 24 jam, di mana-mana sahaja. Ahli boleh melihat Maklumat Akaun, K-Wallet, Bonus Harian (myFSB), Bonus Bulanan (myLSB), Struktur Downline, dan membuat Online Order untuk pelanggan anda.

8.Apa itu K-Wallet?

(Akaun untuk kemasukan dan pembayaran bonus. Nilai yang digunakan dalam K-Wallet adalah KDollar

(1 KDollar = RM1). Ahli boleh melihat senarai Transaksi yang berlaku, membuat Penebusan Tunai, Pemindahan KDollar dan menyemak Baki Akaun.

9.Bagaimana cara untuk menukarkan bonus saya dari K-Wallet (penebusan tunai)?

Log in ke dalam akaun anda. Pada Control Panel, klik [Cash Redemption]. Pihak HQ Kenshido akan memeriksa permintaan anda, dan bayaran akan dibuat melalui cek atau dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah dinyatakan dalam profil anda dalam tempoh 4 hari bekerja.

10.Bilakah tarikh pembayaran bonus?

1. Fast Start Bonus (Harian)

- Dikira berdasarkan harian (real-time) dan dibayar setiap minggu ke dalam KWallet anda pada tarikh 4hb, 11hb, 18hb dan 25hb.

2. Leadership Bonus (Bulanan)

- Dikira secara bulanan dan akan dikreditkan ke KWallet anda pada tarikh 15hb bulan berikutnya.

11.Bolehkan saya melihat struktur downline saya dan bagaimana untuk melihatnya?

Boleh. Dalam (myLSB) > (View Genealogy). Struktur lengkap akan ditunjukkan.

12.Adakah benar pendapatan bisnes ini boleh diwarisi?

Sangat benar. Pendapatan bisnes ini adalah berterusan selagi kumpulan anda bergerak aktif. Waris hanya perlu tahu ID dan Password K-Office anda untuk membuat Penebusan Tunai.

13.Apakah kerugian yang perlu ditanggung jika tidak dapat menjalankan perniagaan ini?

Risiko 0%. Tiada istilah rugi dalam bisnes ini. Anak anda boleh guna program dengan harga yang lebih murah jika anda mendaftar sebagai ahli. Jika tidak menjalankan bisnes pun tiada masalah, anda dah boleh mendapatkan top-up untuk program ni dengan harga yang murah. Jika sudah diberi peluang untuk berbisnes dengannya, apa salahnya kan?. Program ini menyediakan pakej untuk anak Score A dalam Exam dan Ibubapa Score RM (2 dalam 1). Ini bermakna pelaburan untuk anak belajar disamping modal untuk ibubapa menjana pendapatan tambahan. Anda boleh mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan tambahan bagi keluarga anda.

14.Adakah bisnes ini akan membebankan saya dan memerlukan komitmen yang banyak?

Tidak. Modal sekali seumur hidup. Anda buat anda dapat. Kalau tak buat memang tak dapat la hasilnya. Terpulang kepada diri anda sendiri nak buat setiap hari atau bila ada masa terluang sahaja. Anda bebas untuk menentukan masa bagi menjalankan bisnes ini. Tidak perlu maintain apa-apa, dah sedia “Auto Maintenance”. Ini bermakna anda tidak terikat untuk mendapatkan ‘sale’ setiap bulan.

15.Nampak mudah. Saya berminat untuk menyertai dan menjalankan bisnes ini. Apa perlu saya lakukan?

Memang mudah. Hanya perlu perlu perkenalkan program ini kepada 4 keluarga yang inginkan anak mereka pandai. Siapa yang tidak mahu anak pandai kan?. Lagi pun ini produk pendidikan (keperluan), perbelanjaan wajib bagi semua keluarga. Anak anda dapat guna program yang hebat ini secara percuma dan anda menjana pendapatan yang berterusan.

Anda hanya perlu membuat pembayaran mengikut pakej yang ingin diambil dan lengkapkan Borang Pendaftaran Ahli Score A Programme pada laman web kami.





Introduction

Program Score A

Recent Posts

Recent Comments